Thursday, August 19, 2010

=Perancangan Kewangan Islam=





Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya.

Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.

Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia.

Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak.

Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya.

Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.

Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful.

Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka.

Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.

Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional .


Sumber : www.greatfinancial.blogspot.com


Tuesday, June 22, 2010

AHLAN WASAHLAN

Friday, May 9, 2008

Doa Murah Rezeki


Ya Allah,

sekiranya rezeki kami berada di langit,

maka turunkanlah ia;

jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,

dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.

Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,

dekatkanlah ia;

jika ia sedikit, banyakkanlah ia;

dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,

mudahkanlah ia,

serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami

dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,

dengan rahmatMu,

wahai Yang Maha Pengasihi

diantara yang pengasih.


P/S: Selalulah amalkan doa ini setiap hari dan solat dhuha.

Penawar Minda


  • Kismis digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Bahkan menyamai buah prun dan aprikot.
  • Kismis baik untuk hati, memperbaiki sirkulasi, melawas pembuangan, memperbaiki keanjalan kulit dan meningkatkan memori.
  • Berupaya melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi kerana kismis mengandungi asid oleanik dan betulin yang menghalang tindakan bakteria Streptococcus ini dibuktikan oleh kajian makmal yang menolak kesan gula dalam kismis boleh mereputkan gigi.
  • Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan tergendalanya aktiviti harian, mudah mengantuk, pelupa dan lemah.
  • Kismis yang diimport ini juga (kismis dikeluarkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Chili, Argentina, Syria, Turki, Iran dan Afrika Selatan) memiliki karbohidrat, fiber, lemak, protein, kalsium dan natrium yang merupakan mineral penting untuk badan.
KISMIS INI DIJUAL DENGAN HARGA RM10. PRODUK INI DIKELUARKAN OLEH HPA INDUSTRIES.SEBARANG TEMPAHAN DAN BELIAN BOLEH DIBUAT MELALUI AHLI LKK KELAB IQRA UTHM.

Buku-Buku Jualan LKK

Antara buku-buku yang boleh didapati dari LKK. Tempahan dan belian boleh dibuat melalui ahli LKK.

Rahsia Bisnes Orang China 16.00

Formula Negara China 16.00

Kegemilangan Islam Di China 12.00

Kisah-kisah Ceria ( Siri 1) 10.00

Kisah-kisah Ceria (Siri 2) 10.00

Permulaan Jalan Hidayah(Bidayatul Hidayah)

Kiab Bidayatul Hidayah ini adalah diantara kitab karangan Imam Hujjatul Islam Al Ghazali R.A yang banyak diberi berkat oleh Allah.Ia merupakan ringkasan atau pati kepada Kitab Ihya Ulumiddin. Dan kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandungannya.Faedah dan manfaat sudah jelas dan tidak dapat diragukan lagi. Terdapat tiga bahagian dalam Kitab ini iaitu Bahagian Pertama:Adab-Adab Melaksanakan Ketaatan, Bahagian Kedua:Cara-Cara Meninggalkan Maksiat dan Bahagian Ketiga:Adab-Adab Pergaulan Khaliq dengan Makhluk.

Untuk mendapatkan naskah kitab ini boleh menghubungi wakil ahli LKK. Harga senaskah hanya RM10 shj.

Berita baik untuk Muslimat

Lakaran di bahagian sisi kiri
Pandangan bawah
Pandangan atas


T-Shirt labuh Muslimat dengan harga yang sangat murah. Hanya RM 28 sahaja. Ukuran saiz adalah(85x45) dengan saiz M,L,XL dan XXL.
-hitam/biru
-hitam/krim
-hitam/merah
Stok awal adalah terhad.Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi ahli LKK KI. Tempahan terhad kepada warga UTHM sahaja.