Thursday, March 20, 2008

Boikot Israel demi anak-anak kecil ini


Israel Serang Rumah Anak Yatim

Isnin, 17/03/08 - Beribu-beribu anak-anak yatim Palestin Selasa lalu (11/3/2008) telah berhimpun di jalan-jalan selatan Tebing Barat bagi membantah serangan terbaru oleh tentera Israel terhadap rumah anak-anak yatim dan sekolah berasrama.

Beratus-beratus pasukan Israel dengan dilindungi oleh kenderaan tentera telah menyerbu Persatuan Kebajikan Islam di pusat bandar Hebron awal minggu ini memusnahkan bangunan dan merampas bahan-bahan makanan, pakaian, kasut-kasut dan perabot bernilai beratus ribu dolar yang didermakan oleh para penderma tempatan dan luar negara untuk kebajikan anak-anak yatim.

Persatuan kebajikan terbesar di Palestin itu telah menjaga dua rumah anak yatim dan beberapa sekolah berasrama yang menyara 7000 kanak-kanak yang telah hilang satu atau kedua-dua ibu bapa.

“Israel melayan kami seperti cara Nazi Jerman melayan Yahudi" yang ditulis pada salah satu sepanduk ketika dibawa oleh penunjuk perasaan. “Israel mewakili Nazi di zaman kami,” menurut satu lagi sepanduk. Satu sepanduk lain menulis “Kami akan menang.”

Note:
sumber : http://www.palestine-info.com

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin
namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat
orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa
mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.

Boikot Israel


Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan menyenangi engkau,sehinggalah engkau mengikut agama mereka.Katakanlah,sesungguhnya petunjuk Allah itu ialah sebenar-benar petunjuk.Demi,jika engkau mengikut kemahuan mereka,setelah engkau mendapat pengetahuan tiada bagi engkau pelindung dan pelindung dari seksa Allah.(Al-baqarah:120)

Wednesday, March 19, 2008

Islam dan ekonomi

Firman Allah tentang perniagaan dalam Al-Baqarah:
Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan hendaklah kamu menuliskannya.Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya,maka hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah,Tuhannya dan janganlah ia mengurangkan sedikitpun dari hutangnya.Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki diantara kamu.Jika tidak ada dua orang lelaki maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya.Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil (memberi keterangan) dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu,baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya.Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak menimbulkan keraguanmu.(Tulislah muamalah itu) kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu,maka tiada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menulisnya.dan persaksikanlah apababila kamu berjual beli dan janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan(2:282)