
Suatu hari Saiditina Fatimah sekeluarga berpuasa nazar,selama 3 hari.Pada hari pertama puasa ketika hendak berbuka,datang seorang fakir ke rumah mereka.”Wahai ahlul bait aku ini sangat fakir tolonglah berikan aku sedikit makanan,”rayu orang itu dengan sedih.Saiditina Fatimah amat kasihan melihat keadaan orang itu lalu memberikan makanan yang ada padanya.Pada hari itu mereka hanya minum air untuk menghilangkan lapar.Pada hari kedua puasa ketika mereka hendak berbuka datang seorang anak yatim dari keluarga fakir meminta makanan. Melihat keadaan itu Saiditina Fatimah memberikan makanan yang mereka ada dan mereka sekeluarga hanya berbuka dengan minum air sahaja pada hari itu.Pada keesokannya hari,sewaktu hendak berbuka datang pula seorang tawanan perang yang kelaparan.Tidak sanggup melihat penderitaan tawanan perang itu,Saiditina Fatimah memberikan apa yang mereka ada.Dan mereka hanya minum air untuk berbuka.
Sebarang tempahan sila hubungi
>013-7137752(fazli)
No comments:
Post a Comment