Monday, April 28, 2008

Pemberitahuan


assalamualaikum...
Kepada pengunjung blog LKK ahlan wa sahlan(selamat datang) diucapkan. Sebarang cadangan dan komen adalah dialukan-alukan dan pembelian produk jualan KI sangat dialu-alukan. InsyaAllah, blog ini akan diupdate setiap minggu mulai hari ini.
Terima kasih.

Friday, April 25, 2008

Tafsir Al-Quran

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Tafsir Al-Quran amat dialu-alukan. Spefikasi tafsir ini:
  • Harga : RM 38
  • Warna : Biru gelap,Coklat,Maroon
  • Saiz : 15cm x 10cm
Sebarang tempahan boleh dibuat melalui ahli LKK KI.

Penambaikkan

maaf atas kesulitan...site ni dalam proses upgrade

Wednesday, April 2, 2008

Kekayaan Anda Tersembunyi


Tahukah bahawa anda telah kaya?“Kalau aku dah kaya, tak perlulah aku hutang banyak-banyak!”

Itulah yang saya maksudkan dengan perkataan “tersembunyi” dalam tajuk di atas.

Izinkan saya untuk kongsikan satu cerita yang saya dengar daripada radio beberapa bulan dahulu. Begini ceritanya …

Seorang pemuda asyik merungut tentang keperitan hidupnya yang penuh dengan kemiskinan. Dia berasa amat sedih. Keinginannya untuk bercuti di tepi pantai selama 3 hari sahaja pun dia tidak mampu lakukan kerana dia tak mampu.

Pada suatu hari, sedang dia merungut seorang diri, seorang pak cik tua terdengar rungutannya. Jadi, pak cik itu pun menegurnya, “Wahai orang muda. Kenapa nak merungut ni.”

“Saya ni miskin lah pak cik. Entah apa nak buat dengan hidup saya ni.”

“Oh, gitu ye! Saya boleh berikan kekayaan kepada anda dengan syarat-syarat tertentu.” Ujar pak cik itu.

Dengan perasaan yang gembira, pemuda tersebut pun bersetuju, “Baiklah, saya akan terima sebarang syarat”

“Bagus, saya hendak membeli otak anda dengan harga setengah juta ringgit”

Dengan air muka yang terkejut, pemuda tersebut terdiam seketika lalu berkata, “kau gila, pak cik.”

Pak cik itu tersenyum dan teruskan, “Tak cukup? Apa kata Sepasang tangan anda dengan harga RM2 juta?”

Pemuda itu tidak dapat mengeluarkan kata-katanya sambil menggigil ketakutan.

Pak cik tu akhirnya ketawa sambil berkata, “Anda telah pun kaya. Cuma anda belum menggunakan kekayaan anda sebaik-baiknya”

Apakah betul kata-kata pak cik itu?

Apakah gunanya kekayaan jika kita tidak tahu atau tidak dapat menggunakannya.

Saya tidak perlukan kekayaan kerana saya telah pun kaya. Apa yang saya idam-idamkan ialah nikmat yang diberikan atau nikmat yang dapat ditukarkan dengan kekayaan yang saya ada.

Tak percaya? Cuba fikirkan diri anda memiliki berjuta-juta ringgit tetapi terperangkap di dalam sebuah pulau yang terpencil.

Adakah anda perlukan kekayaan ataupun nikmat yang dibawa oleh kekayaan?