
Suatu hari dalam perjalanan pulang ke rumah, Azman singgah di gerai buah-buahan untuk membeli tembikai untuk adiknya, Niza. Setibanya dirumah, dia memberikan tembikai tersebut kepada adiknya.
"Assalamu'alaikum Niza. Ni abang ada belikan buah tembikai."
"Tembikai?? Yea..yea... Bestnya tembikai. Terima kasih, bang." Niza bersorak keriangan sambil mengambil tembikai dari tangan Azman untuk dibelah.
Niza membelah tembikai tersebut dan memberikan kepada abangnya. Sedang Azman menikmati buah tembikai tersebut, "Apa ni???!!! Tembikai ni masamlah. Banyak biji. Tak manis langsung. Tak sedap...." jerit Niza.
Azman yang terkejut dengan jeritan Niza bertanya, "Adik marah sape? Marah abang ke?"
Azman mengusap-ngusap dagunya kehairanan.
"Takkanlah adik marahkan abang? Abang dah berusaha cari tembikai yang baik dan sedap. Manalah tahu tembikai ni tak sedap."
"Hmm... Ke adik marahkan penjual tembikai tu? Tapi, dia pun mana tahu tembikai tu tak sedap. Dia cuma jualkan je tembikai tu."
Azman berfikir-fikir lagi.
"Jadi, mesti adik marahkan pekebun yang tanam tembikai ni kan? Tapikan dik, mana ada pekebun yang nak tanam buah-buahan yang masam. Dia pun mesti tak sangka yang tembikai masam."
"Kalau nak marahkan tembikai pun tak logik. Bukannya tembikai tu nak jadi masam sebab bukan tembikai tu yang tentukan rasa dia sendiri. Nak masam ke tak."
"Aha..." Azman memetik jarinya menybabkan Niza terperanjat.
"Adakah adik marahkan Pencipta (ALLAH) yang menciptakan tembikai? Sebab ALLAH je yang tahu tembikai ni masam ke manis ke. Sedap ke tak sedap. Betul tak?"
Kata-kata Azman membuatkan Niza tersedar.
"Betul kata abang." Dia menundukkan wajahnya.
"Itulah, lain kali kalau nak cakap sesuatu kita kena hati-hati. Mungkin kita marahkan seseorang/sesuatu, tapi tanpa disedari kita sebenarnya secara indirectly marahkan Allah. Kadang-kadang kita lupa yang segala sesuatu yang terjadi tu atas kehendak-Nya. Jadi, jangan sebarang cakap." Tegur Azman. Antara pengajaran yang boleh diambil daripada cerita diatas ini adalah kita sebagai hambaNya seharusnya redha dan bersabar dengan setiap ujian yang telah Allah berikan.
'Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya' - Surah Al-Baqarah:286
Sebagai contoh jika berlaku kematian dikalangan ahli keluarga kita kerana disebabkan kecuaian seseorang, kita tidak boleh menyalahkan orang itu kerana dia sendiri tidak menyangka akan menyebabkan kematian manusia lain. Sebenarnya segala yang terjadi itu telah pun tertulis di Loh Mahfuz. Memang ajalnya sudah tiba. Apa yang berlaku adalah penyebab sahaja. Jadi, tidak boleh salahkan sesiapa.
Begitu juga hal berkaitan rezeki. Allah sudah tetapkan bagaimana rezeki kita sewaktu hidup ini sebelum kita dilahirkan lagi. Jadi apabila berlaku kecurian/penipuan harta, kita harus redha dan tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana mungkin sudah tertulis bahawa rezeki itu bukan milik kita. Mungkin jika bukan dicuri/ditipu Allah akan mengambilnya dengan cara yang lain.
Segala takdir yang berlaku harus diterima dengan hati yang terbuka. Walaupun kadangkala kita rasa sedikit terseksa, namun segalanya pasti ada hikmahnya. Kita juga harus bersyukur setiap kali ujian menimpa dalam hidup kita kerana ujian yang menimpa itu asalah sebagai tanda cintanya Allah kepada kita. Allah uji tahap iman kita sedangkan ramai manusia lain yang dibiarkan terlalai dengan hasutan dunia. Hanya yang terpilih saja yang dipilih untuk mendapat rahmat-Nya. Jadi, kita mestilah bersyukur sekiranya kita menjadi salah seorang daripanya.
Sebagai hambaNya yang lemah, kita haruslah redha serta yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya. Jika bukan didunia ini, mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang indah di akhirat kelak. Janganlah kita banyak mengeluh kerana mengeluh boleh mengurangkan usia kita. Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment